Tuesday 20 September 2011

Pengalaman Mengandungkan Puteri Bongsu dan Teori Seorang Doktor Pakar vs Naluri Seorang Ibu

Tanggal 15 Oktober 2009, aku disahkan hamil 5 minggu.  Tak disangka-sangka setelah berusaha selama lebih 1 tahun untuk hamil sekali lagi dan sampai dah putus asa.  Kata husband mungkin Hazirah atau nama manjanya Ck Ah yang last kot.  Tapi aku masih berharap kalau-kalau boleh dapat sorang lagi anak lelaki ke?  Dah ada 1 boy and 2 girls, nak bagi cukup 2 pasang la konon.
Pengalaman mengandungkan Cik Nin memang mencabar dari segi kerja-kerja di ofis, karenah anak-anak, keletihan sebab umur dah lanjut, hi hi.  Tapi bila menguruskan Kursus USMku Gemilang bagi tahun 2010, memang aktif sampai ada member kata kak rilex kak rilex nanti terberanak kat ofis pulak.
     Sebenarnya apa yang ingin diutarakan di sini adalah berkenaan pengalaman mengandungkan cik nin dan semua peristiwa yang berlaku di hospital bersalin selang beberapa hari sebelum melahirkan baby comel tu.   Sebagai seorang pengidap kencing manis yang hanya datang apabila mengandung sudah tentunya aku perlu berulang-alik ke klinik pakar sakit puan selalu.  Kalau orang lain sebulan sekali aku pulak kena selang seminggu.  Kalau hamil 40 minggu, bermakna check-up aku 20 minggu lah. Injection insulin tok sah dok kira lah, Satu hari kena 4 injection sampai lebam-lebam perut, peha, lengan.  Tak kira kena admit bila prem-contraction lagi.  Baru 25 minggu pregnant dah start prem-contraction.  Kena cucuk ubat matang paru-paru baby lagi.  Adooi sakitnya....Cuba tanya ibu-ibu yang pernah kena injection tu.  Mesti semua kata, sakit wooo....  Ini disebabkan ubat itu terlalu pekat, itu kata nurse yang incharge.  Lepas kena injection tu mesti lena sampai time makan pun kena dikejutkan oleh nurse.  Selama mengandungkan cik nin 5 kali aku telah diadmit di hospital bersalin, dok kat side labour room pulak tu. Tension betui. Dah tu kena buat sliding scale pulak tu.  Kali terakhir diadmit ialah pada 19 Mei 2010 iaitu di kala  usia kandungan 35 minggu kalau ikut scan lah, tapi kalau ikutkan perkiraan aku dah 37 minggu.   Due date aku ialah pada 5 Jun 2010.
     Disebabkan dah dua kali kena ceasar, maka kali ini pun kena ceasar jugak lah.  Masalahnya contraction dah banyak hari tapi doktor tak mau ceasar jugak. Asyik-asyik dok bagi makan ubat hilang sakit.  Macamana aku nak buat ni.  Last-last aku nekad, tak telan ubat hilang sakit tu.  Lepas tu doktor janji nak ceasar pada 21 Mei 2010,  tup-tup tak jadi lah pulak.  Ni yang buat aku naik angin ni.  Dah la dok sakit.  Esok birthday aku yang ke 39, kalau bersalin esok boleh lah kita share birthday ye dik, kata aku kat baby dalam perut.  Tapi x jadi jugak.  Malam tu dalam pukul 8 malam, contraction makin menjadi-jadi.  CTG jantung baby pun dah x berapa elok.  Reading above 190 satu minit.  Itu bermakna baby dah stress.  Aku menggesa supaya doktor dapat buat operation dengan segera sebab aku dah rasa tak sedap hati, tapi doktor tu kata "baby  tak matang lagi puan, takut nanti tak boleh nafas". 
     Entah macamana malam tu aku naik angin , kesian jugak kat doktor melayu tu dah lah kepala dia botak kena tengking dengan aku, merah muka dia sampai kepala pun jadi merah.  Lagi pun keputusan di tangan doktor pakar, bukannya MO atau Houseman.  Nurse-nurse yang ada di dalam labour room pun hairan kenapa la doktor pakar tak nak buat operation lagi, dok biar aku dok tanggung sakit lama-lama.  Aku kata pada doktor tu "baby dah nak keluar tapi hampa x mau ceasar lagi, kalau jadi apa-apa kat baby, aku saman hampa semua".  Selang 5 minit beliau datang semula dan memberitahu aku bahawa esok pagi Doktor Anil iaitu doktor pakar yang bertanggungjawab akan datang melawat. 
     Keesokan harinya contraction makin menjadi-jadi dan baby bergerak tak henti-henti sampai aku jadi sesak nafas.  Saat itu, aku teringat akan pesanan jururawat dari KKIA Air Puteh, Balik Pulau.  Katanya sekiranya baby bergerak tanpa henti lebih dari 5 minit cepat-cepat kehospital kerana baby mungkin sedang lemas atau terbelit tali pusat dan sekiranya ada cecair berwarna hijau yang keluar dari saluran peranakan bermakna baby dah berak di dalam.  Ketika itu aku dah mula menggelabah.  Pukul 9.30 pagi dr. Anil datang melawat.  Beliau berkata "Oklah puan hari ni kita akan bedah you.  I pun dah pening kepala 24 jam fikir you punya kes sampai tak boleh tidur".  Aku pun x cakap banyak sebab dah dok sakit  mengaku ajalah.  Siap minta nurse cepat bagi borang kebenaran tandantangan lagi . 
     Tiba-tiba aku jadi takut semacam aje, nak mati ka aku kali ni.  Sebaik saja husband sampai aku nangis-nangis kata takut lah bang.  Nasib baiklah aku ni mendapat seorang suami yang bukannya cool tapi selalu buat-buat cool.  Padahal dalam hati dia lebih gabra daripada aku. hi hi
Tepat jam 11.00 pagi aku ditolak ke bilik pembedahan dan 11.30 setelah diuruskan oleh pakar bius, aku mula dibedah.  Mulut tidak henti berkumat-kamit membaca doa agar segalanya berjalan lancar.  Alhamdulillah tepat jam 12.05 aku dapat merasakan seperti seketul batu yang besar telah dikeluarkan dari perutku dan fuh terus jadi kempis perut.  Tapi yang menghairan kan aku kenapa tak dengar baby nangis pun.  Hampir 3 minit baru aku dapat dengar suara baby yang nyaaaaring tu.  Lepas tu doktor tersebut berundur kebelakang dan mengangkat tangannya sambil berkata "sorry puan baby dah berak kat dalam, nasib baik keluar hari ni, kalau lagi 2-3 hari lagi I tak tau apa jadi kat baby you."
Aku apa lagi, pulang paku buah keras la kat dr. pakar tu.  Aku kata "itulah you , I kata baby nak keluar you  tak mau percaya, you doktor, tapi I dia punya mother, baby dok dalam perut I, dah tentu I dapat rasa ada yang tak kena dengan baby I. Please la doctor jangan buat macam ni kat patien lain lagi."  Doktor tu pun terdiam dan yang keluar dari mulut dia I'm really sorry puan. 
Cuba bayangkan, kalau ikut perancangan doktor pakar, aku sepatutnya dibedah pada usia kandungan mengikut ukuran ultrasound 38 minggu.  Tetapi dengan kuasa Allah yang maha esa dan KEKUATAN NALURI SEORANG IBU aku dapat merasakan bahawa sekiranya aku mengikut kehendak doktor pakar kemungkinan aku akan kehilangan bayi ini.  Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dengan anugerahmu Ya Allah, aku telah selamat melahirkan baby girl dengan berat 3.2 kg.  Patut lah baju mengandung semua sampai sendat.  Kakak-kakak dengan abang dia cuma 2 kg lebih saja.  Baby terus dibawa naik ke atas di bilik pemerhatian kerana dah termakan najis.  Untuk pembedahan kali ini aku terus ikat, tak nak kasi mengandung lagi.  Selepas tiga hari iaitu pada hari selasa 25 Mei barulah aku dapat menatap wajah si comel tu.  Ya Allah... comelnya dia.  Bulat, putih, gebu, sampai menjadi perhatian sesiapa saja yang lalu lalang memandangkan katil  terletak di hadapan meja jururawat dan menjadi laluan pelawat.  Tapi ya Allah sakit yang aku tanggung kali ini ya amat-amat sakit sekali sampai muka jadi pucat semacam saja.  Kalau sebelum ni tak pernah terkencing kat tengah jalan, kali ni dari atas katil sampai depan meja nurse berterabur kencing.  Selama 2 minggu hidup aku bergantung kepada ubat tahan sakit sampai jadi bertoksid badan, naik ruam yang kronik sampai 3 bulan.  Alhamdulillah masuk bulan ke 4 semua dah ok. 
Itulah pengalaman mengandungkan puteri ku yang bongsu.  Syasha Hanani @ Cik Nin.  Semoga menjadi pedoman kepada ibu-ibu yang mengandung sentiasalah peka dengan keadaan baby di dalam kandungan dan jangan menerima seratus peratus pendapat doktor, banyakkan bertanya, membaca buku-buku mengenai kehamilan, dan selalulah berfikiran positif dan paling utama banyakkan berdoa kepada Allah kerana hanya kepadaNya kita memohon dan meminta dan kita tidak akan diuji dengan ujian yang tak dapat kita tanggung.  Pekalah dengan naluri kita kerana Tuhan menganugerahkan kita dengan naluri yang cukup kuat.

NALURI SEORANG IBU



Cik Nin @ Syasha Hanani binti Abdul Jalil sebaik sahaja dibawah turun dari bilik pemerhatian ketika berusia 3 hari.

Cik Nin dengan bapak semasa jamuan raya tadika kemas

No comments:

Post a Comment