Tuesday 7 May 2013

ANAK OH ANAK & PETUA KESUBURAN (IN SHA ALLAH) & BLA BLA BLA

Assalamualaikum,

Dah hampir 2 tahun tak update rasanya.  Cik Nin pun dah nak masuk 3 tahun.

Hakimi dah darjah 4, Kakak Jidah dah darjah 1, Kakak Hazirah dan 6 tahun 

Subhanallah.... begitu cepat  masa berlalu ye.

Agak-agaknya kalau tak ikat, rasanya dah mengandung sorang lagi ni. he he. Jealouslah pulak bila tengok kawan-kawan mengandung, bersalin. Terkenang la pulok masa dok bawa perut dulu.

Ish...... memang indah sungguh saat-saat tu. Walaupun hidup sentiasa diselubungi dengan rasa bimbang, gusar dan sebagainya.  Alhamdulillah.... dengan izin Allah.  Aku telah selamat melahirkan seorang putera (Allahyarham Muhammad Awwal Abdul Jalil(Copy paste muka bapa dia ) dan tiga orang puteri yang comel.
Semuanya iras muka bapa.  Tak ada sorang pun yang ikut muka mak.  Ni yang jelous ni.
Tak apa lah ikut muka sapa pun.  Alhamdulillah zuriat-zuriat yang aku lahirkan ini sihat wal afiat.  syukur kepada Allah.

 Bila kita berbicara tentang anak-anak.  Kadang-kadang tu kesian juga bila melihat kawan-kawan yang belum lagi dikurniakan cahaya mata. Belum rezeki lagi kot.  In sha Allah......
Memang kadang-kadang kita akan rasa berkecil hati bila mendengar kawan-kawan mengandung, bersalin. dapat anak no.1, no. 2, no. 3.

Ya Allah,  Aku bila lagi?.................

Dulu kalau dengar kawan-kawan, adik ipar, biras mengandung.  Balik rumah mesti aku menangis.  Sampai basah telekong dok meratap kat atas sejadah.  Nasib baik suami selalu menenangkan aku.  "Sabar la. kalau ada rezeki, ada la. Kalau tak ada kita ambil la sorang anak angkat."

Sebenarnya berdasarkan pengalaman aku sendiri. 10 tahun hidup tanpa zuriat sendiri.  Sewaktu usia perkahwinan mencecah 7 tahun, kami berdua bersetuju untuk mengambil seorang anak angkat.  Alhamdulillah setelah melalui berbagai proses Muhammad Hakimi sah menjadi anak angkat kami.  Tapi aku tak pernah pisahkan dia dengan ibu kandungnya.  Masih terbayang bagai mana berderainya airmata ibunya tatkala kami menemukan mereka setelah hampir 8 bulan.  Diam-diam kami suami isteri ke rumahnya dan mengajak keluar makan tanpa memberi tahu akan kehadiran bayinya itu.  Betapa aku sendiri menitiskan air mata bila melihat dia begitu terkejut melihat anaknya ada bersama kami.  Dirangkul, dipeluk dan diciumnya sepuas-puas hati.  Dan kami hanya memerhatikan peristiwa itu dengan air mata yang bergenang.  Ibunya cuma berkata:


"Terima kasih kak sebab bawa dia jumpa saya"  Lalu aku menjawab, "In sha Allah, kami telah berjanji tak akan pisahkan dia daripada kamu.  Bila-bila masa saja kamu boleh datang melihat, bermain dan bermanja dengan anak kamu.  Sepatutnya kami yang mengucapkan terima kasih kepada kamu kerana telah memberi peluang kepada kami berdua untuk menjadi ibu-bapa kepada bayi ini. Dan kami tak akan merahsiakan daripadanya siapa ibunya yang sebenar."

Alhamdulillah kami berdua mengotakan janji-janji kami sehingga ke hari ini.  Dan dengan izin Allah sebaik sahaja anak itu berusia 1 1/2 tahun  pada 2005 aku hamil buat kali pertama, diikuti 2006 dan 2007.  Akhir sekali lahirlah Cik Nin yang comel macam mat saleh tu  pada tahun 2010.

Berkat kesabaran menghadapi berbagai rintangan dan cemuhan serta kata-kata sindiran,  Haa.. kan dah jangkit. Alhamdulillah.....

Kira aku ni kategori subur lah jugak ye.. he he.  Cuma mungkin kena tunggu umur 34 tahun baru nak subur kot.  Pantang silap sikit.  Sampai kena warning dengan doktor le.  Okay kak lepas ni kita kasi ikat permanent ye.  Dah 3 kali operation.  Umur dah banyak, kencing manis lagi.  Memang aku pun nak suruh ikat.  Dah tak larat dah.  Cukup la kot.  Tapi kalau diizinkan Allah ada lagi,   nak..............................(mungkin 1:1000 kot)



TIPS-TIPS KESUBURAN

Jadi kaunselor tak bertauliahlah pulak.

Bila bercakap tentang kesuburan rasa terdetik nak berkongsi dengan kawan-kawan.  Sebenarnya aku sendiri tak tahu yang benda ini merangsang kesuburan kita.  Cuma apabila beberapa orang kawan ada menelefon menanyakan tentang apa yang saya ambil sehingga menyebabkan saya begitu subur setelah tidak subur selama 10 tahun.  he he dan aku hanya menjawab benda ini aja yang akak ambil.  Tak ada pergi jumpa specialist ke, dr. sakit puan ke, berurut ke.  Tak ada semua tu.  3 benda ini aja yang akak ambil.

Kisahnya begini, sebaik melahirkan Arwah Muhammad Awwal,  aku ke sebuah salon rawatan memberi ubat bersalin.  Kata ku tak nak yang mahal, nak yang basic sahaja.  Aku diberiku oleh tauke Zaar Saloon (Pekan Simpang Empat, Balik Pulau)  dua botol produk Sendayu Tinggi.  Sedu Arrow untuk kesuburan dan D'folia untuk kesihatan rahim.

Alhamdulillah.... dengan izin Allah aku hamil sekali lagi 2 bulan selepas melahirkan arwah. 
Aku terus mengamalkan produk sendayu tinggi apabila melahirkan anak-anak selepas itu. 

Asid folik juga penting kita amalkan.  Ambil 1 biji sehari (5mg) Asid folik (boleh beli kat farmasi)

ITU UNTUK WANITA

Untuk suami pula kalau boleh amalkan mengambil ginseng.  Ini adalah kerana ginseng akan meningkatkan sperm count atau bilangan sperma yang dihasilkan.

Kalau boleh belilah ginseng yang berkualiti (PREMIUM GINSENG) memang mahal sikit (kalau tak silap 1 biji RM4.00)

Daripada info yang aku berikan ini, dah ramai jugak kawan-kawan yang susah juga nak lekat dah berjaya hamil dan yang melahirkan anak kembar pun ada. Alhamdulilalh....dengan izin Allah.

Kita hanya berusaha dan merancang.  Yang menentukan semuanya kuasa Allah SWT.  
Yang penting banyakkan berdoa.  Selalu lah berbuat baik sesama insan.  Mulut kena jaga, jangan ikut sedap aja kata kat orang. 

Kalau kita ditakdirkan lambat mendapat anak dan ada orang sudi memberikan petua dan nasihat, terimalah ia dengan seadanya, tak perlu sombong dan bongkak dengan mengatakan "saya ni tak lah desperate sangat nak anak"  yang awak tu sibuk nak bagi nasihat pasal apa? Tak perlu nak masuk campur urusan rumah tangga saya, jaga rumah tangga awak sendiri. 

Sepanjang hidup selama 10 tahun tanpa zuriat, saya tak pernah meninggikan suara pada orang yang menegur,

tak ada anak lagi ke?  
bila nak dapat baby ni? 
awak ni mandul ke?  awak ni tak subur ke?  
siapa yang bermasalah ni, awak ke suami awak?  
suami awak tak gaduh nak kawin lain ke?
tak pernah pergi buat check-up ke?

Semua soalan-soalan CEPU EMAS ini saya jawab dengan senyuman sahaja.  Paling tidak pun , belum rezeki lagi.  In sya Allah. 

Tak perlu melenting, memaki hamun macam orang meroyan, nak panah sana-sini.  Bila dah sakit hati tak payah la nak kutuk orang yang beranak ramai.  Kata macam-macam, anak berderet setahun seorang sampai diri dan rumah tangga tak terurus.  Kalau dia kata balik kat kita. "Aku ada jugak anak, awak macamana?' 
"Aku beranak ramai pun badan aku makin slim, awak tak beranak pinak lagi dah macam dugong bunting" Tak ke sakit lagi hati. 

Allah tidak suka pada orang yang sombong, riak dan takbur. 
Berbuat baiklah selalu kepada ibu bapa kita terutamanya, orang-orang yang lemah,  ibu-ibu mengandung.  Kalau ada kawan-kawan yang hamil, selalulah bantu, kalau dia sudilah ye.
Selalu lah menjaga adap dan pergaulan kita, aurat sebagai wanita muslim dan juga budi bahasa sesama insan.


Ada juga orang yang cuba menutup kesedihan hati dengan mengatakan " I dengan suami dah 3 tahun kawin tak ada anak, tak ada apa-apa pun, happy aje." 
Bagusla kalau happy, takut nanti tiba-tiba jadi tak happy macamana?  Kalau tiba-tiba suami cari ehem-ehem lain.  Kena pula suami tu terlebih hensem.  Sebab tu kita kena jaga mulut, kelakuan dan pergaulan.

Aku betul-betul tabik springggg......... dengan seorang dua sahabat kat ofis aku ni.  Walaupun belum dikurniakan cahaya mata, tetapi tak pernah melenting bila menjawab soalan-soalan cepu emas yang kadang-kadang diajukan oleh kawan-kawan.  Selalu minta nasihat daripada yang lebih berpengalaman dan tak pernah sombong.
Walaupun aku tahu pasti sedikit sebnyak hati mereka terguris dengan soalan-soalan begitu.  Alhamdulillah mereka berjaya menanganinya dengan tenang.

Dia orang senyum...... aje. 

Ok dah tak larat nak bla bla bla dah.  Setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. 

Kepada kawan-kawan yang belum dikurniakan cahaya mata, dan kalau terbaca coretan saya ini, bolehlah mencuba kaedah ini.  Kita berusaha yang menentukan hanyalah Allah SWT.

Salam manis dari saya


Kimi with Dania Asyikin (guess who?)

The naughty prince charming

My beloved family








No comments:

Post a Comment