Tuesday 7 May 2013

MARI-MARI........ KUIH KAPIT BERINTI (CHOCO & PEANUT BUTTER)





RM22.00   1 balang.

Memang berbaloi

Mari-mari..... sapa nak beli kuih kapit berinti chocolate dan peanut butter.

Di import khas dari Banting, Selangor.

Memang marvelous,  sekali rasa pasti nak lagi.

Stok memang limited. 

RM22.00 (1 balang ada 48-50 keping)

Rangup, enak tak terperi,

Pasti akan menjadi kuih kegemaran sempena aidil fitri yang bakal menjelang.

Nak Order?
Call  Jannah 0175954144 atau Jalil 0194601437

ANAK OH ANAK & PETUA KESUBURAN (IN SHA ALLAH) & BLA BLA BLA

Assalamualaikum,

Dah hampir 2 tahun tak update rasanya.  Cik Nin pun dah nak masuk 3 tahun.

Hakimi dah darjah 4, Kakak Jidah dah darjah 1, Kakak Hazirah dan 6 tahun 

Subhanallah.... begitu cepat  masa berlalu ye.

Agak-agaknya kalau tak ikat, rasanya dah mengandung sorang lagi ni. he he. Jealouslah pulak bila tengok kawan-kawan mengandung, bersalin. Terkenang la pulok masa dok bawa perut dulu.

Ish...... memang indah sungguh saat-saat tu. Walaupun hidup sentiasa diselubungi dengan rasa bimbang, gusar dan sebagainya.  Alhamdulillah.... dengan izin Allah.  Aku telah selamat melahirkan seorang putera (Allahyarham Muhammad Awwal Abdul Jalil(Copy paste muka bapa dia ) dan tiga orang puteri yang comel.
Semuanya iras muka bapa.  Tak ada sorang pun yang ikut muka mak.  Ni yang jelous ni.
Tak apa lah ikut muka sapa pun.  Alhamdulillah zuriat-zuriat yang aku lahirkan ini sihat wal afiat.  syukur kepada Allah.

 Bila kita berbicara tentang anak-anak.  Kadang-kadang tu kesian juga bila melihat kawan-kawan yang belum lagi dikurniakan cahaya mata. Belum rezeki lagi kot.  In sha Allah......
Memang kadang-kadang kita akan rasa berkecil hati bila mendengar kawan-kawan mengandung, bersalin. dapat anak no.1, no. 2, no. 3.

Ya Allah,  Aku bila lagi?.................

Dulu kalau dengar kawan-kawan, adik ipar, biras mengandung.  Balik rumah mesti aku menangis.  Sampai basah telekong dok meratap kat atas sejadah.  Nasib baik suami selalu menenangkan aku.  "Sabar la. kalau ada rezeki, ada la. Kalau tak ada kita ambil la sorang anak angkat."

Sebenarnya berdasarkan pengalaman aku sendiri. 10 tahun hidup tanpa zuriat sendiri.  Sewaktu usia perkahwinan mencecah 7 tahun, kami berdua bersetuju untuk mengambil seorang anak angkat.  Alhamdulillah setelah melalui berbagai proses Muhammad Hakimi sah menjadi anak angkat kami.  Tapi aku tak pernah pisahkan dia dengan ibu kandungnya.  Masih terbayang bagai mana berderainya airmata ibunya tatkala kami menemukan mereka setelah hampir 8 bulan.  Diam-diam kami suami isteri ke rumahnya dan mengajak keluar makan tanpa memberi tahu akan kehadiran bayinya itu.  Betapa aku sendiri menitiskan air mata bila melihat dia begitu terkejut melihat anaknya ada bersama kami.  Dirangkul, dipeluk dan diciumnya sepuas-puas hati.  Dan kami hanya memerhatikan peristiwa itu dengan air mata yang bergenang.  Ibunya cuma berkata:


"Terima kasih kak sebab bawa dia jumpa saya"  Lalu aku menjawab, "In sha Allah, kami telah berjanji tak akan pisahkan dia daripada kamu.  Bila-bila masa saja kamu boleh datang melihat, bermain dan bermanja dengan anak kamu.  Sepatutnya kami yang mengucapkan terima kasih kepada kamu kerana telah memberi peluang kepada kami berdua untuk menjadi ibu-bapa kepada bayi ini. Dan kami tak akan merahsiakan daripadanya siapa ibunya yang sebenar."

Alhamdulillah kami berdua mengotakan janji-janji kami sehingga ke hari ini.  Dan dengan izin Allah sebaik sahaja anak itu berusia 1 1/2 tahun  pada 2005 aku hamil buat kali pertama, diikuti 2006 dan 2007.  Akhir sekali lahirlah Cik Nin yang comel macam mat saleh tu  pada tahun 2010.

Berkat kesabaran menghadapi berbagai rintangan dan cemuhan serta kata-kata sindiran,  Haa.. kan dah jangkit. Alhamdulillah.....

Kira aku ni kategori subur lah jugak ye.. he he.  Cuma mungkin kena tunggu umur 34 tahun baru nak subur kot.  Pantang silap sikit.  Sampai kena warning dengan doktor le.  Okay kak lepas ni kita kasi ikat permanent ye.  Dah 3 kali operation.  Umur dah banyak, kencing manis lagi.  Memang aku pun nak suruh ikat.  Dah tak larat dah.  Cukup la kot.  Tapi kalau diizinkan Allah ada lagi,   nak..............................(mungkin 1:1000 kot)



TIPS-TIPS KESUBURAN

Jadi kaunselor tak bertauliahlah pulak.

Bila bercakap tentang kesuburan rasa terdetik nak berkongsi dengan kawan-kawan.  Sebenarnya aku sendiri tak tahu yang benda ini merangsang kesuburan kita.  Cuma apabila beberapa orang kawan ada menelefon menanyakan tentang apa yang saya ambil sehingga menyebabkan saya begitu subur setelah tidak subur selama 10 tahun.  he he dan aku hanya menjawab benda ini aja yang akak ambil.  Tak ada pergi jumpa specialist ke, dr. sakit puan ke, berurut ke.  Tak ada semua tu.  3 benda ini aja yang akak ambil.

Kisahnya begini, sebaik melahirkan Arwah Muhammad Awwal,  aku ke sebuah salon rawatan memberi ubat bersalin.  Kata ku tak nak yang mahal, nak yang basic sahaja.  Aku diberiku oleh tauke Zaar Saloon (Pekan Simpang Empat, Balik Pulau)  dua botol produk Sendayu Tinggi.  Sedu Arrow untuk kesuburan dan D'folia untuk kesihatan rahim.

Alhamdulillah.... dengan izin Allah aku hamil sekali lagi 2 bulan selepas melahirkan arwah. 
Aku terus mengamalkan produk sendayu tinggi apabila melahirkan anak-anak selepas itu. 

Asid folik juga penting kita amalkan.  Ambil 1 biji sehari (5mg) Asid folik (boleh beli kat farmasi)

ITU UNTUK WANITA

Untuk suami pula kalau boleh amalkan mengambil ginseng.  Ini adalah kerana ginseng akan meningkatkan sperm count atau bilangan sperma yang dihasilkan.

Kalau boleh belilah ginseng yang berkualiti (PREMIUM GINSENG) memang mahal sikit (kalau tak silap 1 biji RM4.00)

Daripada info yang aku berikan ini, dah ramai jugak kawan-kawan yang susah juga nak lekat dah berjaya hamil dan yang melahirkan anak kembar pun ada. Alhamdulilalh....dengan izin Allah.

Kita hanya berusaha dan merancang.  Yang menentukan semuanya kuasa Allah SWT.  
Yang penting banyakkan berdoa.  Selalu lah berbuat baik sesama insan.  Mulut kena jaga, jangan ikut sedap aja kata kat orang. 

Kalau kita ditakdirkan lambat mendapat anak dan ada orang sudi memberikan petua dan nasihat, terimalah ia dengan seadanya, tak perlu sombong dan bongkak dengan mengatakan "saya ni tak lah desperate sangat nak anak"  yang awak tu sibuk nak bagi nasihat pasal apa? Tak perlu nak masuk campur urusan rumah tangga saya, jaga rumah tangga awak sendiri. 

Sepanjang hidup selama 10 tahun tanpa zuriat, saya tak pernah meninggikan suara pada orang yang menegur,

tak ada anak lagi ke?  
bila nak dapat baby ni? 
awak ni mandul ke?  awak ni tak subur ke?  
siapa yang bermasalah ni, awak ke suami awak?  
suami awak tak gaduh nak kawin lain ke?
tak pernah pergi buat check-up ke?

Semua soalan-soalan CEPU EMAS ini saya jawab dengan senyuman sahaja.  Paling tidak pun , belum rezeki lagi.  In sya Allah. 

Tak perlu melenting, memaki hamun macam orang meroyan, nak panah sana-sini.  Bila dah sakit hati tak payah la nak kutuk orang yang beranak ramai.  Kata macam-macam, anak berderet setahun seorang sampai diri dan rumah tangga tak terurus.  Kalau dia kata balik kat kita. "Aku ada jugak anak, awak macamana?' 
"Aku beranak ramai pun badan aku makin slim, awak tak beranak pinak lagi dah macam dugong bunting" Tak ke sakit lagi hati. 

Allah tidak suka pada orang yang sombong, riak dan takbur. 
Berbuat baiklah selalu kepada ibu bapa kita terutamanya, orang-orang yang lemah,  ibu-ibu mengandung.  Kalau ada kawan-kawan yang hamil, selalulah bantu, kalau dia sudilah ye.
Selalu lah menjaga adap dan pergaulan kita, aurat sebagai wanita muslim dan juga budi bahasa sesama insan.


Ada juga orang yang cuba menutup kesedihan hati dengan mengatakan " I dengan suami dah 3 tahun kawin tak ada anak, tak ada apa-apa pun, happy aje." 
Bagusla kalau happy, takut nanti tiba-tiba jadi tak happy macamana?  Kalau tiba-tiba suami cari ehem-ehem lain.  Kena pula suami tu terlebih hensem.  Sebab tu kita kena jaga mulut, kelakuan dan pergaulan.

Aku betul-betul tabik springggg......... dengan seorang dua sahabat kat ofis aku ni.  Walaupun belum dikurniakan cahaya mata, tetapi tak pernah melenting bila menjawab soalan-soalan cepu emas yang kadang-kadang diajukan oleh kawan-kawan.  Selalu minta nasihat daripada yang lebih berpengalaman dan tak pernah sombong.
Walaupun aku tahu pasti sedikit sebnyak hati mereka terguris dengan soalan-soalan begitu.  Alhamdulillah mereka berjaya menanganinya dengan tenang.

Dia orang senyum...... aje. 

Ok dah tak larat nak bla bla bla dah.  Setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. 

Kepada kawan-kawan yang belum dikurniakan cahaya mata, dan kalau terbaca coretan saya ini, bolehlah mencuba kaedah ini.  Kita berusaha yang menentukan hanyalah Allah SWT.

Salam manis dari saya


Kimi with Dania Asyikin (guess who?)

The naughty prince charming

My beloved family








Wednesday 21 September 2011

NASI LEMAK KUKUS DAN NASI TOMATO NTUK TEMPAHAN

Siapa yang tak suka makan nasi lemak.  Kalau di buat survey, gerenti 80% yang ditanya akan memberi jawapan YES, saya suka nasi lemak.  Tambah-tambah kalau dapat yang sambal best punyer.

Sekiranya anda ingin merasa nasi lemak kukus yang sempoi, bolehlah menghubungi 017-5954144 (Jannah) untuk tempahan di sekitar kawasan Pulau Pinang dan Seberang Perai shj. 

Harga yang amat murah dan berpatutan

Lauk bilis+telur  RM1.00 sebungkus
Lauk ayam perap   RM3.50 sebungkus
Lauk ikan          RM1.00 sebungkus

Kami juga menyediakan perkhidmatan catering untuk majlis-majlis seperti harijadi, tahlil, kenduri kawin dan sebagainya dengan harga yang amat berpatutan. 

Terdapat berbagai pakej
Nasi tomato/minyak
ayam merah/gulai/
kerabu/jelatah
RM4.00 per pax
tambah daging RM1.50
tambah minuman dan buah-buahan RM1.50

Terdapat juga mee/bihun/koay teow goreng untuk tempahan
Anda juga boleh menyusun menu sendiri dan harga boleh dirunding.

Sekiranya berminat bolehlah menghubungi (Jannah) 0175954144

Tuesday 20 September 2011

Pengalaman Mengandungkan Puteri Bongsu dan Teori Seorang Doktor Pakar vs Naluri Seorang Ibu

Tanggal 15 Oktober 2009, aku disahkan hamil 5 minggu.  Tak disangka-sangka setelah berusaha selama lebih 1 tahun untuk hamil sekali lagi dan sampai dah putus asa.  Kata husband mungkin Hazirah atau nama manjanya Ck Ah yang last kot.  Tapi aku masih berharap kalau-kalau boleh dapat sorang lagi anak lelaki ke?  Dah ada 1 boy and 2 girls, nak bagi cukup 2 pasang la konon.
Pengalaman mengandungkan Cik Nin memang mencabar dari segi kerja-kerja di ofis, karenah anak-anak, keletihan sebab umur dah lanjut, hi hi.  Tapi bila menguruskan Kursus USMku Gemilang bagi tahun 2010, memang aktif sampai ada member kata kak rilex kak rilex nanti terberanak kat ofis pulak.
     Sebenarnya apa yang ingin diutarakan di sini adalah berkenaan pengalaman mengandungkan cik nin dan semua peristiwa yang berlaku di hospital bersalin selang beberapa hari sebelum melahirkan baby comel tu.   Sebagai seorang pengidap kencing manis yang hanya datang apabila mengandung sudah tentunya aku perlu berulang-alik ke klinik pakar sakit puan selalu.  Kalau orang lain sebulan sekali aku pulak kena selang seminggu.  Kalau hamil 40 minggu, bermakna check-up aku 20 minggu lah. Injection insulin tok sah dok kira lah, Satu hari kena 4 injection sampai lebam-lebam perut, peha, lengan.  Tak kira kena admit bila prem-contraction lagi.  Baru 25 minggu pregnant dah start prem-contraction.  Kena cucuk ubat matang paru-paru baby lagi.  Adooi sakitnya....Cuba tanya ibu-ibu yang pernah kena injection tu.  Mesti semua kata, sakit wooo....  Ini disebabkan ubat itu terlalu pekat, itu kata nurse yang incharge.  Lepas kena injection tu mesti lena sampai time makan pun kena dikejutkan oleh nurse.  Selama mengandungkan cik nin 5 kali aku telah diadmit di hospital bersalin, dok kat side labour room pulak tu. Tension betui. Dah tu kena buat sliding scale pulak tu.  Kali terakhir diadmit ialah pada 19 Mei 2010 iaitu di kala  usia kandungan 35 minggu kalau ikut scan lah, tapi kalau ikutkan perkiraan aku dah 37 minggu.   Due date aku ialah pada 5 Jun 2010.
     Disebabkan dah dua kali kena ceasar, maka kali ini pun kena ceasar jugak lah.  Masalahnya contraction dah banyak hari tapi doktor tak mau ceasar jugak. Asyik-asyik dok bagi makan ubat hilang sakit.  Macamana aku nak buat ni.  Last-last aku nekad, tak telan ubat hilang sakit tu.  Lepas tu doktor janji nak ceasar pada 21 Mei 2010,  tup-tup tak jadi lah pulak.  Ni yang buat aku naik angin ni.  Dah la dok sakit.  Esok birthday aku yang ke 39, kalau bersalin esok boleh lah kita share birthday ye dik, kata aku kat baby dalam perut.  Tapi x jadi jugak.  Malam tu dalam pukul 8 malam, contraction makin menjadi-jadi.  CTG jantung baby pun dah x berapa elok.  Reading above 190 satu minit.  Itu bermakna baby dah stress.  Aku menggesa supaya doktor dapat buat operation dengan segera sebab aku dah rasa tak sedap hati, tapi doktor tu kata "baby  tak matang lagi puan, takut nanti tak boleh nafas". 
     Entah macamana malam tu aku naik angin , kesian jugak kat doktor melayu tu dah lah kepala dia botak kena tengking dengan aku, merah muka dia sampai kepala pun jadi merah.  Lagi pun keputusan di tangan doktor pakar, bukannya MO atau Houseman.  Nurse-nurse yang ada di dalam labour room pun hairan kenapa la doktor pakar tak nak buat operation lagi, dok biar aku dok tanggung sakit lama-lama.  Aku kata pada doktor tu "baby dah nak keluar tapi hampa x mau ceasar lagi, kalau jadi apa-apa kat baby, aku saman hampa semua".  Selang 5 minit beliau datang semula dan memberitahu aku bahawa esok pagi Doktor Anil iaitu doktor pakar yang bertanggungjawab akan datang melawat. 
     Keesokan harinya contraction makin menjadi-jadi dan baby bergerak tak henti-henti sampai aku jadi sesak nafas.  Saat itu, aku teringat akan pesanan jururawat dari KKIA Air Puteh, Balik Pulau.  Katanya sekiranya baby bergerak tanpa henti lebih dari 5 minit cepat-cepat kehospital kerana baby mungkin sedang lemas atau terbelit tali pusat dan sekiranya ada cecair berwarna hijau yang keluar dari saluran peranakan bermakna baby dah berak di dalam.  Ketika itu aku dah mula menggelabah.  Pukul 9.30 pagi dr. Anil datang melawat.  Beliau berkata "Oklah puan hari ni kita akan bedah you.  I pun dah pening kepala 24 jam fikir you punya kes sampai tak boleh tidur".  Aku pun x cakap banyak sebab dah dok sakit  mengaku ajalah.  Siap minta nurse cepat bagi borang kebenaran tandantangan lagi . 
     Tiba-tiba aku jadi takut semacam aje, nak mati ka aku kali ni.  Sebaik saja husband sampai aku nangis-nangis kata takut lah bang.  Nasib baiklah aku ni mendapat seorang suami yang bukannya cool tapi selalu buat-buat cool.  Padahal dalam hati dia lebih gabra daripada aku. hi hi
Tepat jam 11.00 pagi aku ditolak ke bilik pembedahan dan 11.30 setelah diuruskan oleh pakar bius, aku mula dibedah.  Mulut tidak henti berkumat-kamit membaca doa agar segalanya berjalan lancar.  Alhamdulillah tepat jam 12.05 aku dapat merasakan seperti seketul batu yang besar telah dikeluarkan dari perutku dan fuh terus jadi kempis perut.  Tapi yang menghairan kan aku kenapa tak dengar baby nangis pun.  Hampir 3 minit baru aku dapat dengar suara baby yang nyaaaaring tu.  Lepas tu doktor tersebut berundur kebelakang dan mengangkat tangannya sambil berkata "sorry puan baby dah berak kat dalam, nasib baik keluar hari ni, kalau lagi 2-3 hari lagi I tak tau apa jadi kat baby you."
Aku apa lagi, pulang paku buah keras la kat dr. pakar tu.  Aku kata "itulah you , I kata baby nak keluar you  tak mau percaya, you doktor, tapi I dia punya mother, baby dok dalam perut I, dah tentu I dapat rasa ada yang tak kena dengan baby I. Please la doctor jangan buat macam ni kat patien lain lagi."  Doktor tu pun terdiam dan yang keluar dari mulut dia I'm really sorry puan. 
Cuba bayangkan, kalau ikut perancangan doktor pakar, aku sepatutnya dibedah pada usia kandungan mengikut ukuran ultrasound 38 minggu.  Tetapi dengan kuasa Allah yang maha esa dan KEKUATAN NALURI SEORANG IBU aku dapat merasakan bahawa sekiranya aku mengikut kehendak doktor pakar kemungkinan aku akan kehilangan bayi ini.  Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dengan anugerahmu Ya Allah, aku telah selamat melahirkan baby girl dengan berat 3.2 kg.  Patut lah baju mengandung semua sampai sendat.  Kakak-kakak dengan abang dia cuma 2 kg lebih saja.  Baby terus dibawa naik ke atas di bilik pemerhatian kerana dah termakan najis.  Untuk pembedahan kali ini aku terus ikat, tak nak kasi mengandung lagi.  Selepas tiga hari iaitu pada hari selasa 25 Mei barulah aku dapat menatap wajah si comel tu.  Ya Allah... comelnya dia.  Bulat, putih, gebu, sampai menjadi perhatian sesiapa saja yang lalu lalang memandangkan katil  terletak di hadapan meja jururawat dan menjadi laluan pelawat.  Tapi ya Allah sakit yang aku tanggung kali ini ya amat-amat sakit sekali sampai muka jadi pucat semacam saja.  Kalau sebelum ni tak pernah terkencing kat tengah jalan, kali ni dari atas katil sampai depan meja nurse berterabur kencing.  Selama 2 minggu hidup aku bergantung kepada ubat tahan sakit sampai jadi bertoksid badan, naik ruam yang kronik sampai 3 bulan.  Alhamdulillah masuk bulan ke 4 semua dah ok. 
Itulah pengalaman mengandungkan puteri ku yang bongsu.  Syasha Hanani @ Cik Nin.  Semoga menjadi pedoman kepada ibu-ibu yang mengandung sentiasalah peka dengan keadaan baby di dalam kandungan dan jangan menerima seratus peratus pendapat doktor, banyakkan bertanya, membaca buku-buku mengenai kehamilan, dan selalulah berfikiran positif dan paling utama banyakkan berdoa kepada Allah kerana hanya kepadaNya kita memohon dan meminta dan kita tidak akan diuji dengan ujian yang tak dapat kita tanggung.  Pekalah dengan naluri kita kerana Tuhan menganugerahkan kita dengan naluri yang cukup kuat.

NALURI SEORANG IBU



Cik Nin @ Syasha Hanani binti Abdul Jalil sebaik sahaja dibawah turun dari bilik pemerhatian ketika berusia 3 hari.

Cik Nin dengan bapak semasa jamuan raya tadika kemas

Cik Nin yang manja.

Anak bongsu ibu ni memang manis, pandai melawak, nakal pun dia.  Bila dikenang kembali saat mengandungkan dia, memang lain dari yang lain.  Kalau yang lain, nasi kandar, jam 3 pagi pun nak lagi.  Tapi mengandungkan cik nin nasi kandar tak berapa lalu.  Patut pun keluar kulit putih.  Tak jadi kulit anak mami macam kakak-kakak dia.  Rambut pun ala-ala perang.  Kalau satu hari tak sakat abang dengan kakak memang dia tak senang hati.  Lepas buat muka geram, main mata la pulak.  Abang dengan kakak kalau bangun tido perkara pertama yang ditanya, mak! cik nin mana?  Kadang tu gurau gak, mak dah jual kat orang yang tak dak anak.  Kakak dgn abang tak mau jaga dia.  Terus berubah air muka abang dan kakak.  Itulah kasih abang dan kakak kepada adik bongsu mereka.  Abang kalau balik sekolah terus cium adik, Saaaaaaayang abang tu. 

Kalau di marah, mesti dia pura-pura nangis sambil tutup muka, air mata x dak pun. Bapak pun sekarang kaki dah kena rantai dengan cik nin pulak.  Kalau nak keluar ke mana-mana mesti sembunyi-sembunyi kalau tak, siap berguling-guling kalau tak di bawa naik moto bersama.  Itulah cik nin yang manja.



Monday 19 September 2011

Pesta Konvo USM 2011

21 - 25 September 2011 akan bermulanya Pesta Konvokesyen USM yangke 44.  Tahniah kepada semua graduan dan jom kita pakat pi ramai-ramai memeriahkan Pesta Konvo USM.

Hari ni dah boleh start shopping.  Macam-macam ada.